Menyumbang
Pada zaman teknologi yang hebat ini, sistem berinfaq menjadi lebih mudah apabila sistem auto debit diperkenalkan. Rebutlah peluang ini dengan menggunakan sistem auto debit ini untuk berinfaq.
Alhamdulillah dengan bantuan infaq yang telah diberikan oleh semua, 70% bangunan Pusat Pengajian Ibnu Razak telah berjaya disiapkan. Disini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bersikap prihatin terhadap anak-anak Tahfiz kita.
Setakat 3,000 umat Islam telah menyertai program Tahlil . Alhamdulillah, jumlah yang sangat besar buat kami ,Jom Kita pahatkan nama insan tersayang .
Kami memilih cara yang paling mudah untuk berinfaq dengan menggunakan sistem auto debit, juga kami ada sertakan nombor akaun bank supaya mudah untuk tuan/puan berinfaq.
Kami adalah organisasi yang berdaftar di bawah SSM. Nombor pendaftaran kami ialah PPM 002-05-20092022. Kami akan sentiasa mengemaskini perjalanan pembangunan yang kami bina dan juga program terbaru yang akan kami jalankan.
Melalui pembayaran online FPX seperti Maybank2u atau CIMB Clicks, ibubapa, alumni, atau sesiapa boleh menderma mengikut kemampuan masing-masing dengan mudah.
Duit yang telah diinfaqkan dari tuan/puan semua disalurkan secara telus dan kami tidak mengambil sebarang untung.
Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT penguasa sekalian alam, Rezeki Infaq kini telah mengorak langkah lebih jauh dalam usaha menyantuni masyarakat. Tanggungjawab besar Rezeki Infaq adalah jelas dan ikhlas bagi mensasarkan sebanyak mungkin Maahad Tahfiz, Masjid, Yayasan atau organisasi dalam aspek penjenamaan, penyaluran dana pengurusan dan pembangunan.
Alhamdulillah, kini Rezeki Infaq mempunyai platform sendiri yang dibangunkan oleh kami. Ianya bersifat digital bagi memudahkan anda untuk bersama-sama mencipta saham akhirat dengan mudah dan cepat melalui kempen-kempen infaq yang akan dijalankan dari masa ke semasa khas buat Maahad Tahfiz, Masjid dan Yayasan.
ABDULLAH BIN ABDOL RAZAK
PENGASAS PERTUBUHAN REZEKI INFAQ