Rezeki Infaq, Yayasan Restu Mengikat Jalinan Ukhuwah

Jalinan kerjasama korporat luar menjadi tunjang utama kepada penyebaran dakwah Rezeki Infaq di mana menerusi ikatan ini perkongsian idea dapat dilakukan bagi tujuan pemerkasaan pendidikan tahfiz negara.

Sehubungan itu, Rezeki Infaq yang diwakili Oleh Pengasasnya, Ustaz Abdullah Abdol Razak bersama beberapa pengurus mengadakan kunjungan Kompleks Nasyrul Quran pada 24 Ogos lalu.

Pertemuan Bersama Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Dato Latiff Mirasa  mengetengahkan isu berkenaan projek terkini Pertubuhan Rezeki Infaq dalam menjalankan misi tanggungjawab sosial sebagai badan bukan kerajaan.

Semoga dengan langkah pertama ini, Rezeki Infaq dan Yayasan Restu dapat menyebarkan dakwah dengan lebih meluas seterusnya menjadi landasan kepada sesiapa saja yang memerlukan perkhidmatan Rezeki Infaq khususnya bagi pembangunan institusi dan pendidikan tahfiz negara ini.

ms_MYMalay