Zakat Bersama Rezeki Infaq

Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga selain daripada mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadan dan menunaikan haji bagi yang mampu. Menunaikan zakat adalah satu ibadah kepada Allah SWT yang disyariatkan kepada seluruh umat Islam. Zakat merupakan asas sistem ekonomi Islam yang dapat mengembangkan sosioekonomi ummah.Oleh itu, Rezeki Infaq menawarkan pengiraan zakat secara percuma bagi zakat-zakat yang wajib dibayar oleh individu yang berkemampuan.

Antara jenis-jenis zakat yang diterima oleh rezeki infaq ialah :

1. Zakat Pendapatan 

Zakat pendapatan merupakan salah satu zakat yang dikenakan terhadap semua umat Islam. Zakat pendapatan ini dikenakan ke atas semua jenis sumber pendapatan, hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan dan aktiviti yang menghasilkan pendapatan.

2. Zakat Simpanan

Zakat wang simpanan adalah salah satu jenis zakat harta. Zakat ini dianggap wajib dikeluarkan sebagai zakat kerana ia adalah satu hakmilik atau harta-benda yang boleh dikembangkan. Ini merangkumi semua jenis wang sama ada kertas, syiling atau di dalam bank yang tanpa ada kerugian dan piutang.

3. Zakat Emas

Zakat Emas merupakan zakat barangan kemas dan perhiasan wanita. Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung sama ada emas dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya.

4. Zakat Perniagaan 

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dalam kesederhanaannya, zakat memiliki kekuatan yang luar biasa. Ini bukan hanya sebatas kewajiban keagamaan, tetapi juga merupakan investasi hidup yang membawa berkah. Kesempatan untuk membayar zakat adalah pintu yang terbuka lebar menuju kebaikan, kepedulian, dan perubahan positif dalam masyarakat.

Jadi, mari kita bersama-sama merenung dan bertindak. Mari kita lihat pembayaran zakat bukan sebagai kewajiban berat, melainkan sebagai peluang besar untuk memberikan makna pada hidup kita dan orang lain. Dalam zakat, terkandung kekuatan transformasi yang dapat mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik. Dengan setiap zakat yang kita bayar, kita memberikan sumbangsih tak ternilai bagi kemajuan dan keberlanjutan umat manusia. Selamat membayar zakat, investasi hidup yang membawa berkah untuk semua.

ms_MYMalay