Jalinan kerjasama korporat luar menjadi tunjang utama kepada Pertubuhan Rezeki Infaq di mana menerusi ikatan ini perkongsian idea dapat dilakukan bagi tujuan pemerkasaan pembinaan pendidikan tahfiz dan masjid.
Sehubungan itu,Pertubuhan Rezeki Infaq yang diwakili Pengasasnya iaitu Ustaz Abdullah Abdol Razak bersama Ketua Pegawai Operasi , Puan Sahira Binti Abdullah dan Pengurus Media Dan Digital , Cik Nurhaniz Binti Mohamad Shah mengadakan kunjungan ke Pejabat Azdan Quranic Centre pada 6 October lalu.
Kunjungan ini bertujuan menjalinkan Rangka kerjasama diantara Pertubuhan Rezeki Infaq dan Pertubuhan Azdan. ianya menjurus kepada peranan Pertubuhan Rezeki Infaq yang bukan sekadar membangunkan institusi dan pendidikan tahfiz tetapi menyediakan landasan penyampaian dakwah kepada umat Islam.