Program pagi yang dianjurkan oleh UstazLah adalah inisiatif yang sangat baik. Menyediakan setiap pagi dengan membaca Surah al-Waqiah, Doa Hizbul Mughni, dan mengirimkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah langkah yang bermanfaat dalam memulai hari dengan penuh keberkahan dan ketenangan.
Program ini dianjurkan untuk mengeratkan lagi silaturrahim diantara masyarakat luar untuk berhimpun didalam program yang terbaik setiap pagi sebelum permulaan sesuatu kehidupan .
Kenikmatan terbaik setiap hari apabila kita sedar dari tidur dan masih lagi bernyawa. Rasa nikmat itu bertambah apabila kita dapat menjalani tuntutan fardhu dalam keadaan khusyu’.
Lebih hebat, semua nikmat yang kita peroleh itu dibalas dengan amalan sunat.
Ini kerana kerana dalam sedekah kala pagi itu kita akan memperoleh banyak kebaikan tanpa sedar seperti :-
➡️ Didoakan Malaikat buat orang yang bersedekah
➡️ Dijauhkan daripada keburukan dan malapetaka
➡️ Dibukakan pintu rezeki dan kebaikan oleh Allah SWT
➡️ Dikurniakan kemampuan terhadap dosa terdahulu