30 Oktober 2023, Isnin –
ZIARAH KOTA MADINAH I
(MASJID QUBA')
Masjid Quba' merupakan masjid pertama yang dibina sendiri oleh Rasulullah sebelum terbina ya Masjid Nabawi di Kota Madinah. Oleh sebab itu, Masjid Quba' mempunya nilai yang sangat dekat di sisi baginda Rasulullah SAW.
Masjid ini didirikan di saat unta yang ditunggangi Nabi Muhammad berhenti dalam perjalananan hijrah baginda dari Mekah ke Madinah.
Di sisi Masjid Quba' ini terletaknya telaga Aris yang menjadi tenpat terjatuhnya cincin baginda yanh mulia di saat pemerintahan Sayyidina
Uthman.

Alhamdulillah, UstazLah bersama para jemaah telah diizinkan oleh Allah untuk sampai ke masjid ini dan sempat menunaikan solat sunat di sana.
31 Oktober 2023, Selasa –
ZIARAH KOTA MADINAH II
(GUNUNG UHUD)
Lembah uhud, medan peperangan yang paling tragis buat Rasulullah dan ummat Islam apabila kemenangan awal umat Islam bertukar menjadi kekalahan yang sangat pedih.
Ianya berlaku setelah pasukan pemanah meninggalkan tempat strategik sehingga puak Quraisy menyerang daripada belakang. Peperangan inilah yang menyebabkan Rasulullah hampir rebah kerana serangan yang bertubi-tubi sehingga puak kafir mengganggap Nabi Muhamamad wafat!
Justeru Talhah bin Ubaidillah dengan seluruh kekuatannya melindungi dan mempertahankan baginda Rasulullah sehingga mengalami cedera parah.
Setelah itu, baginda dipapah seterusnya dirawat dan bersembunyi di Gua Uhud.
Sungguh terlalu banyak pengajaran yang Allah sampaikan kepada kita melalui perang Uhud. Semoga kita sentiasa mengambil pengajaran atas segala yang berlaku. Alhamdulillah, jemaah umrah bersama UstazLah selesai ziarah ke sana dan mengambil iktibar darinya.

1 November 2023, Rabu –
ZIARAH KOTA MADINAH III
(SAMBUTAN MAULID DI KEBUN KURMA)
Tidak lengkap rasanya jika kita melangkah ke kota suci yang menempatkan jasad insan yang tersangat mulia tanpa menyambut kelahirannya. Alhamdulillah UstazLah bersama para jemaah diizinkan oleh Allah untuk melaksanakan program Maulid tersebut di kebun kurma! MasyaAllah Tabarakallah.
Dengan alunan Maulid al Daiba'i oleh Ustazlah sendiri serta pembacaan buku Sayyidina Muhammad SAW Aku Rindu, para jemaah dapat merasai satu kelainan ketika dibacakan perihal Baginda Rasulullah. Terasa baginda berada terlalu dekat dengan kita ditambah lagi dengan suasana pembacaan tersebut di bawah pohon-pohon kurma.

Moga Baginda Rasulullah akan mensyafaatkan kita di akhirat kelak asbab cinta ini terhadapnya walaupun kecil. Amin

1 November 2023, Rabu –
ZIARAH MADINAH IV
MASJID AL FATH
Masjid al Fath merupakan salah satu daripada 6 masjid yang menjadi kubu sewaktu peperangan Khandaq. Para sahabat yang melindungi Kota Madinah ditempatkan di masjid-masjid tersebut dan diberi nama sempena insan yang menjaganya seperti Masjid Salman al Farisi, Masjid Abu Bakar Al Siddiq, Masjid Umar, dan sebagainya.
Masjid al Fath inilah yang menjadi tempat Rasulullah SAW berdoa sehingga tentera Islam mendapat kemenangan dalam peperangan yang sedang dihadapi.

Alhamdulillah, Ustazlah bersama beberapa jemaah diberi peluang oleh Allah untuk berdoa di masjid tersebut dan moga segala hajat dikabulkan oleh Allah.

2 November 2023, Khamis –
ZIARAH MADINAH V
PERKAMPUNGAN BANI HARAM
Masjid Bani Haram yang terletak di perkampungan Bani Haram adalah tempat perkhemahan tentera Islam sewaktu perang Khandaq. Di sinilah juga terletaknya rumah seorang sahabat Rasulullah iaitu Jabir bin Abdullah.
Sewaktu Rasulullah dan para sahabat menggali parit ketika berlakunya perang khandaq, Jabir bin Abdullah melihat Rasulullah SAW sedang dalam kelaparan kerana tidak makan berhari-hari. Begitu juga para sahabat sehingga terpaksa mengikat perutnya dengan batu. Lalu Jabir bin Abdullah menyembelih kambing dan meminta isterinya masak.
Seusai masak, Jabir menjemput baginda bersama 3-4 orang sahabat untuk makan. Namun begitu, Rasulullah telah menjemput seluruh tentera Islam seramai lebih 1000 orang makan bersama!

Ajaibnya, makanan yang sedikit yang dihidangkan kepada mereka telah mencukupi untuk seluruh umat Islam! Allahu akbar.